Pengalaman Hidup Pelajar Asasi UMS 2019/2020
Kehidupan di Asasi UMS ni lebih kurang sama dengan kolej Matrikulasi di tempat lain, bezanya Asasi ni lebih bebas dan gaya hidup pelajar Asasi hampir sama dengan pelajar Degree. Korang bebas untuk buat apa-apa sahaja di UMS asalkan tidak ponteng kuliah atau melanggar undang-undang. ;)
Peringatan: Masa awal-awal masuk UMS ni, minggu pertama dan kedua tu 'chill' jer tapi lama-kelamaan; beban kerja (lab report, tutorial, assignments, pbl, etc.) datang mencurah-curah macam air terjun. (T_T)
Kuliah kamu akan bermula dalam jam 8 pagi sampai jam 10 pagi. Kalau topik yang korang belajar tu pendek, mungkin lecturer akan habiskan kuliah awal. Di Asasi UMS, setiap pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan Kuliah dan 12 kumpulan Tutorial. Subjek yang setiap kuliah belajar setiap hari adalah tidak sama. Lepas habis kuliah, jam10:30 pagi akan ada sesi amali makmal sampai jam 1:30 petang. Kemudian, korang akan sambung tutorial dalam jam 2:30 ~ 3:30 petang gitu (bergantung dengan budi bicara tutor yang kamu dapat). Di Asasi pun kamu akan ambil MUET, kelas ICT, pendidikan Islam/Moral dan pengajian Am. Jangan skip lecture ya, semua subjek-subjek ini akan masuk pointer kamu juga.
Sakai bergambar dengan lab coat huhuhu |
penampilan khas Pelajar T10 (Sem 1 2019) lagi |
Masuk Asasi ni mindset kena belajar sambil chill tau. Jangan belajar gila2 sampai benda lain tak terurus. Lab Report yang korang buat untuk subjek Biologi, Kimia dengan Fizik, kalau boleh tukar2 tugasnya dengan ahli kumpulan. Bahagian yang wajib korang mesti at least cuba buat ialah Introduction, Discussion dengan Conclusion. Plus, buat kerja tu betul2 agar compiler kamu tidak mental breakdown macam saya. (Hehehehe)
Extras:
Gambar-gambar berikut ialah tambahan untuk menceriakan blog ini
KKTM yang banyak berjasa |
Ini ialah Kafe Kolej Kediaman Tun Mustapha. Dekat sinilah korang akan selalu berjumpa dengan ahli kumpulan dan beli makanan. (Tapi kalau bosan dengan makanan KKTM boleh je kamu pergi Kolej Kediaman Tun Fuad, makanan sama je tapi lagi sedap). :P
Suasana dalam kafeteria |
Perkhidmatan food delivery pun ada dekat sini. GrabFood, Food Panda, McD, KFC, etc. semua ada. Jangan ingat Sabah ni hutan dengan pokok je. Ada kawan dari Semenanjung yang tak tahu ada shopping malls dekat Sabah tau. HAHAHA
Pemandangan langit senja <3 |
Untuk pengetahuan korang, UMS ni merangkul gelaran Universiti tercantik di Asia Tenggara. Saya datang sini memang UMS ni agak cantik jugalah. Sebab tu ramai pelancong Korea dkt sini. Btw, warna langit semasa matahari terbenam ni memang cantik tau. Rugi kalau tak tengok. (JK)
sis, kalau sambung asasi kat ums, nanti degree dekat u yang sama ke?
ReplyDeletehaah biasenye mcm tu rasenye mcm saya xtahula nk msuk or tak
DeleteSetahu saya ye,asasi kat ums xleh sambung kat uni awam lain n kalau pointer teruk ade bahaya sikit
ReplyDeletehii,maaf bertanya dekat ums ramai student dari semenanjung tak?
ReplyDelete