Fasiliti I


          Tempat utama bagi para pelajar Asasi Sains adalah di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST). PPST terdiri daripada dua bangunan iaitu bangunan utama PPST dan Annexe. Di sinilah majoriti sesi akademik akan dijalankan seperti sesi kuliah, tutotrial dan sesi amali. Di PPST terdapat dua bilik kuliah (BK 1 dan BK 2), lima Bilik Tutorial (BT 1-5) beserta tiga makmal untuk sesi amali (Makmal Fizik 1, Makmal Biologi 1 dan Makmal Kimia 1). Terdapat juga surau muslimin (tingkat bawah) dan surau muslimah (tingkat 1). Untuk Annexe pula, terdapat dua bilik kuliah (BK 3 dan BK 4), empat Bilik Tutorial (BT 6-9) beserta tiga makmal bagi sesi amali (Makmal Fizik 2, Makmal Biologi 2 dan Makmal Kimia 2).
             UMS juga mempunyai Perpustakaan Utama yang terletak berhampiran dengan PPST (Rasanya ambil masa 5 minit saja untuk berjalan kaki sampai ke perpustakaan). Antara kemudahan yang ada termasuklah kemudahan penggunaan komputer, peminjaman buku, bilik 24 jam yang sentiasa buka untuk kegunaan pelajar, mesin ATM Bank Islam, surau dan beberapa vending machine.

Perpustakaan UMS (dgn penampilan khas Tutorial 10)
Dalam perpustakaan, ada Kafe Kak Kiah (Soul Bowl)

          Peringatan: Perpustakaan UMS ni masa awal2 masuk sangatlah sunyi sebab ada pelajar Asasi saja. Masa pelajar degree masuk nanti baru perpustakaan tu berguna 100%.
          Di UMS, terdapat tiga kolej kediaman pelajar. Setakat ini untuk batch yang ke-10, pelajar asasi ditempatkan di Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM). Para pelajar perempuan tidak perlu risau sebab blok kamu diasingkan dengan pelajar lelaki. Blok perempuan terletak di atas bukit manakala blok lelaki terletak di bahagian bawah. Bilangan penghuni bagi setiap bilik berbeza mengikut saiz bilik (2-4 orang untuk setiap bilik). Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah locker, kerusi dan meja belajar serta katil dan tilam yang besih dan segar bugar. Setiap aras dilengkapi dengan bilik air dan pantri untuk cuci pinggan mangkuk dan kain
          Para pelajar Asasi boleh memilih untuk makan sama ada di kafe KKTM (paling dekat) atau kafe Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF) (jauh sikit tapi masih dekat terutama untuk lelaki). Kedua-dua kafe ini menyediakan makakan yang cukup mantul (mantap betul). Namun, kebanyakan pelajar memilih untuk makan di KKTF kerana majoriti berpendapat bahawa makanan di sini lebih berpatutan dengan harga. Kedua-dua kafe ini juga mempunyai koperasi mini di tingkat atas yang menjual makanan untuk para siswa. Sama seperti perpustakaan UMS, kafe2 ini hanya akan lebih berguna setelah kemasukan pelajar degree.
         
Salah satu tempat yang paling ‘top ranking’ untuk pelajar Asasi UMS ialah 1BORNEO (1B). Untuk yang masih tak kenal 1B (dak2 Penampang), 1B ni pusat boleh blah yang terletak cukup dekat dengan Kampus Induk UMS. Selalunya pelajar akan ke 1B dengan Grab atau jalan kak jer. Antara tempat yang #HOT di 1B ialah KBox, Golden Screen Cinema (GSC), Bowling Alley yang sekali dengan ‘arcade’ untuk melepaskan tekanan jiwa dan berhibur sementara. Kalau nak beli barang yang murah, boleh lawat Eco Shop di mana setiap harga barang cuma RM2.30. Kalau nak beli barang keperluan yang banyak pilihan, boleh la pergi ke Bataras, MR D.I.Y atau pun 99 Speedmart. Bagi mereka yang “foodie” (suka makan), dalam 1B ni ada banyak tempat untuk anda menjamu selera (MCD, KFC, Pizza Hut dan banyak lagi). Dan satu lagi perkara penting, para siswa UMS boleh menggunakan kad pelajar untuk mendapatkan potongan harga bagi kedai2 tertentu yang ada di 1B. Jadi kepada para siswa UMS, setiap kali ingin berbelanja di 1B tu, janganlah lupa membawa kad pelajar yer.
 Nah, gambar 1Borneo yang digoogle
Lepas stres pergi tgk wayang dkt 1Borneo dgn kawan2 ;)
Tambahan: Kalau kamu rasa yang 1Borneo tu ‘noob’, ada lagi pusat membeli-belah yang lebih meriah dan cantik; Imago, Suria Sabah, dan lain2 yang kebanyakannya terletak di pusat bandar. Datang Asasi untuk belajar ya, jangan shopping tak ingat dunia kalau tidak mau ‘pokai’ awal2.

No comments:

Post a Comment