Pengenalan
UMS, Universiti Malaysia Sabah. Saya nak
cerita sikit tentang kehidupan di UMS ni (untuk projek ICT semester 1). Universiti
Malaysia Sabah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan merupakan universiti awam
ke-9 di Malaysia. UMS hanya mula menerima pelajar pada tahun seterusnya, 1995.
Bilangan kumpulan pertama yang diterima UMS ialah hanya seramai 205 orang.
Mula-mulanya, pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995
dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kini, UMS mempunyai kampus
yang tetap di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah yang dirasmikan oleh Dato
‘Seri Dr.Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia pada 19 September 2000). Kampus
tetap UMS begitu cantik sehinggakan dipanggil sebagai universiti tercantik di
Asia Tenggara *cough*. Sumber –Wikipedia.
Sebelum pembukaan kampus tetap, UMS telah membuka cawangan Labuan pada 2
Januari, 1999. Pada tahun 2014, penstrukturan 13 buah sekolah dijadikan kepada
10 buah fakulti sejajar dengan tranformasi akademik bersempena sambutan ulang
tahun ke-20 UMS.
Pengenalan Kepada AUMS
AUMS itu merupakan singkatan untuk Asasi Sains UMS. Asasi Sains UMS ditubuhkan pada tahun 2010, jadi dikira masih
muda lagi Asasi UMS ni. Untuk masuk ke program Asasi Sains UMS, pelajar
mestilah berstatus bumiputera dan mendapat keputusan sekurang-kurangnya B+ dalam subjek Matematik, C+ dalam subjek Bio, Kimia, Fizik dan C dalam subjek Matematik Tambahan pada
peringkat SPM. (Lebih banyak A lebih bagus :P)
Penting: Pelajar Asasi Sains UMS hanya boleh menyambung
peringkat sarjana muda (degree) di UMS ja ataupun boleh pergi ke Universiti
Swasta kalau ada duit yang banyak...
(Pelajar Asasi UMS diberi keistimewaan semasa
kemasukan ke peringkat sarjana muda/degree nanti)
Tempoh pengajian semasa batch kami (batch
ke-10) #AUMSX, rasanya lebih kurang dalam setahun dan dibahagi kepada 2
semester. Setiap semester adalah selama 5 bulan. Subjek yang diajar di AUMS
termasuk Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik. Agama/Moral, ICT, Pengajian Am
dan English juga turut diajar sebagai subjek tambahan.
Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) jika anda layak dan memenuhi syarat.
Duit untuk makan dan beli barang keperluan ja yang perlu ditanggung sendiri.
Lagi
satu, semasa Minggu Suai Mesra nanti, pelajar mesti nyanyikan lagu di bawah:
(Tips, kuatkan suara semasa “BerTEkAD cEmeRLANg”)UMS Lambang Puncak Jaya
Pancaran Perjuangan Semangat Waja
Pembentuk Citra Pelindung Budaya
Memandu Bangsa Memaju Negara
Di Sini Dicanai Segala Fikiran
Di Sini Dikaji Segala Wawasan
Ilmu Iman Sumber Pedoman
Bakti Curah Kasih Budiman
Bayu Bertiup Nafasmu Sejati
Bumi Terhampar Tubuhmu Abadi
Samudera Biru Wajahmu Berseri
Suria Menyinar Tenagamu Murni
Kaulah Harapan Bangsa Maju
Kaulah Jambatan Nusa Bersatu
Berdiri Megah Gagah Bermutu
Menunjuk Arah Bakal Dituju
UMS Kaulah Tunggak Negara
Warisan Sejati Malaysia Tercinta
Bertekad Cemerlang Menjadi Budaya
Semoga Unggul dan Sejahtera
Lagu: Abdul Jamal Abd. Hamid
Lirik: Tuan Haji Salleh Haji Yusof
Lagu UMS, lagu yang telah ditanam dan disemai ke dalam kalbu dan ingatan setiap pelajar UMS tidak kira rela atau tidak *cough*. Selain itu, “Bertekad Cemerlang”, moto UMS yang juga ditanamkan dalam diri setiap pelajar UMS.
No comments:
Post a Comment