Introduction

Hello pembaca-pembaca blog sekali, kami ialah pelajar-pelajar Asasi Sains UMS untuk sesi 2019/2020. Tajuk tugasan ICT yang kami pilih untuk semester 1 ialah "Asasi Life 101" di mana kami harus membuat sebuah blog yang memberikan serba-sedikit maklumat tentang Asasi Sains di UMS.
 Ahli kumpulan kami terdiri daripada Muhammad Adhwa Fathir, Jv Jaivister, Mohammad Izzuddeen, Rudolf Yuson, Chris Boy dan Mark Bryan.

Seperti yang dinyatakan pada perenggan yang pertama, tajuk yang kami buat ialah "Asasi Life 101". Dalam tajuk ini, kami dikehendaki untuk memberi informasi penting tentang Asasi Sains UMS kepada mereka yang berminat untuk memasuki program ini setelah SPM. Kami juga akan memberikan gambaran tentang kehidupan pelajar Asasi di Universiti Malaysia Sabah.

Sebab kami memilih tajuk ini ialah kerana kurangnya maklumat tentang Asasi Sains UMS di internet. Terdapat bekas pelajar Asasi yang membuat blog tentang Asasi Sains UMS tetapi kebanyakan daripada mereka ialah bekas pelajar sebelum sesi 2016/2017, jadi kami ingin memberikan info tentang Asasi Sains UMS yang lebih terkini (2019) untuk kegunaan semua.
Tanpa melengahkan masa...

 SELAMAT DATANG KE ASASI SAINS UMS
feat. TUTORIAL 10 (Sem 1) 2019  yang disayangi

Jadi, apakah 'features' ataupun info yang terdapat dalam blog ini?
Di dalam blog ini, kami menceritakan tentang cara untuk memasuki program Asasi UMS, sistem pembelajaran di Asasi UMS, fasiliti-fasiliti yang ada untuk kemudahan pelajar serta maklumat-maklumat tambahan yang lain. Diharapkan agar blog ini dapat membantu mereka yang ingin mengambil program pra-universiti di UMS.

No comments:

Post a Comment