Fasiliti II


 
Anjung Siswa UMS
 
Anjung Siswa adalah antara tempat yang utama bagi pelajar-pelajar yang menuntut di UMS. Anjung siswa ini menjadi tempat tumpuan para pelajar hanya kerana terdapat MESIN ATM di sana, (saya ulang “MESIN ATM”). Siapa laa kan yang tidak gembira setelah mengeluarkan duit dari mesin atm selepas beberapa hari mengikat perut kerana kehabisan duit? (Just kidding, JK...)
 Walaupun mesin ATM ialah kepentingan terpenting di Anjung Siswa, masih terdapat lagi kemudahan-kemudahan lain. Selain mesin atm, anjung siswa juga mempunyai koperasi, kafeteria dan kedai buku. Seperti yang di lihat banyak kedai yang di buka di sana, tapi bagi saya koperasi sahaja yang berguna dan mampu memberikan seribu satu manfaat bagi pelajar. Dan yang lain nya kurang. Saya rasa kafeteria anjung siswa hanya untuk para lecturer dan staff kerana jarak kafeteria itu sangat laa jauh dari fakulti-fakulti yang ada dalam UMS. So, pelajar-pelajar sangat jarang menggunakan khidmat kafeteria di anjung siswa (Lain orang lain cara bah kan, ayat2 saya ini hanyalah berdasarkan pemerhatian sendiri). Tadi saya bercakap pasal koperasi bah kan? Jadi mari saya huraikan lagi tentang koperasi UMS. Barang keperluan yang murah didapati boleh lah di beli di koperasi anjung siswa. Jadi pelajar tidak lah perlu menghabiskan duit menggunakan grab hanya untuk pergi membeli barang keperluan di 1B. Banyak alat tulis dan keperluan anda yang penting semuanya terdapat dalam koperasi UMS, seperti kalkulator, makanan ringan, pen, kertas kajang dan banyak lagi. Semua barang yang disediakan dijamin selamat dan original (murah2 pula tu). Tambahan pula, koperasi ini juga berada dalam kawasan anjung siswa, jadi selepas pelajar mengeluarkan duit di atm, boleh lah kunjungi koperasi ini dan sumbang duit anda dengan membeli barang di sana. 
Koperasi UMS dan Mesin ATM yang berjasa ;)
Peringatan: Koperasi UMS mengamalkan konsep “Go Green” (Eco Campus) jadi beg plastik tidak disediakan. Kalau mau beli barang banyak2 sila bawa beg sendiri.
  Jikalau saya hendak menghilangkan stres akibat kerja rumah yang berlambak-lambak, terdapat pelbagai tempat-tempat beriadah yang boleh dijumpai dalam kawasan UMS. Antara tempat tersebut ialah pantai ODEC yang menjadi lokasi yang sesuai untuk menghilangkan beban akademik. Saya sendiri jarang pergi pantai ODEC kerana kerja rumah yang dihumban kepada saya cukup banyak untuk penjarakan saya dalam bilik saya, tetapi memang begitu jugalah kehidupan asasi. Pantai ODEC mempunyai beberapa ayunan di bahagian tepu pantai. Nostalgia yang dirasai semasa bermain dengan ayunan-ayunan tersebut tidak boleh diungkapkan dalam bentuk ayat. Berdekatan dengan itu ayunan, terdapat sebuah kandang kuda. Bagi saya, saya jarang nampak kuda lagipun dari dekat-dekat. Dari semasa ke semasa, terdapat orang yang menunggang kuda tersebut di sepanjang pantai ODEC. Bagi saya sendiri, terdapat beberapa kenangan semasa di pantai ODEC yang saya kenangi. Sewaktu Minggu Suai Mesra (minggu orientasi), satu gotong-royong bersama dengan pensyarah-pensyarah telah diadakan untuk membersihkan pantai ODEC. Time aktiviti gotong-royong semasa minggu suai mesra ni lah kena rajin2 buat kawan, jangan sombong ok.
Pemandangan ODEC lawa tau
Sila jeles










Selain aktiviti gotong-royong tersebut, ada juga aktiviti bagi pelajar Kristian di Pantai ODEC. Itu juga merupakan kenangan yang baik dalam ingatan saya. Pada hari tersebut, kami menyanyi lagu-lagu Kristian serta menari-nari sini sana. Ada juga beberapa permainan kami main seperti dodgeball, kejar-kejar dan ada juga beberapa kawan saya pergi berenang-renang di laut. Lagipun, tidak dalam pun di laut walaupun kalau seseorang berenang jauh-jauh. Itu laut masih cetek walaupun berenang-renang jauh. Akhirnya, untuk mengakhiri hari tersebut, kita mengambil gambar-gambar satu sama lain, diri sendiri dan semestinya, bersama-sama untuk kenangan kita. Ya, hari tersebut yang hari paling seronok juga sewaktu saya di asasi. Pantai ODEC memang jugalah yang tempat paling hebat untuk berehat. Lagipun, saya dengar banyak aktiviti seronok diadakan di pantai ODEC daripada tempat lain. Memang juga tidak boleh dinafikan bahawa pantai ODEC kerap dilawati kerana ketenangan dan keindahannya. Tetapi terdapat satu masalah bagi pelajar asasi dengan pantai ODEC. Masalahnya pantai ODEC jauh dari kolej kediaman. Berapa jauh? Saya jalan kaki balik ke kolej kediaman pun mengambil satu jam, tambah jalannya yang menaik dan menurun membuat perjalanannya amat memenatkan. Lebih baik lagi juga jika seseorang pelajar pergi ke ODEC dengan menyewa basikal elektrik UMS ataupun mempunyai kenderaan kepunyaan sendiri.

Dekat ODEC pun ada buaian :D
Selain daripada pantai ODEC, terdapat juga Kompleks Sukan UMS. Kompleks Sukan UMS terdapat lebih banyak fasiliti dan tempat-tempat berdekatan yang menarik seperti outdoor gym, gelanggang sukan, padang-padang berbeza dan sebagai-bagainya. Bagi saya, saya mengalakkan semua penghuni-penghuni UMS dan juga pelawat-pelawat UMS untuk membuat aktiviti senaman di gim luaran tersebut daripada indoor gym yang dijumpai di sekitar UMS kerana lebih menyegarkan jikalau melakukan aktiviti senaman di luar dengan alam sekeliling yang indah, terutamanya sekali dalam kawasan UMS kita yang aman dan bersih. Tambahan pula, outdoor gym tersebut mempunyai peralatan bersenam yang lengkap dan berpelbagaian. Sekali gus, seseorang pelawat yang hendak menggunakan outdoor gym tersebut pada waktu siang hari tidak perlu risaukan akan kepanasan dipancarkan oleh matahari kerana gim tersebut mempunyai banyak pokok-pokok yang memain peranan sebagai teduhan. Di samping itu, terdapat banyak gelanggang untuk pelbagai jenis sukan yang boleh dijumpai di Kompleks Sukan UMS seperti gelanggang bola tampar, gelanggang tennis, gelanggan badminton dan lain-lain. Selalunya, berpuluh-puluh penghuni-penghuni UMS dan pelawat-pelawat luar akan bermain sukan di gelanggang-gelanggang tersebut. Malahan, beberapa gelanggang seperti gelanggan bola tampar adalah indoor. Seterusnya, terdapat tiga jenis padang yang membentukkan Kompleks Sukan UMS. Pertama ialah trek perlumbaan bagi aktiviti perlumbaan. Jikalau padang ini tidak digunakan bagi sesuatu acara besar, pelawat-pelawat selalu menggunanya untuk aktiviti berjogging atau lain-lain. Padang kedua merupakan padang yang dibuat keseluruhannya dari tarmac. Padang ini dipanggil Padang Kawad kerana kerap digunakan untuk melakukan aktiviti atau acara yang berkaitan dengan kawad kaki. Akhirnya, padang terakhir ialah padang bola sepak atau futsal. Jika ketiga-ketiga padang dibandingkan dengan satu sama lain, semua mempunyai fungsi-fungsi sendiri atas struktur yang berbeza. Hanya Padang Kawad sahaja padang yang tidak mempunyai podium. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga padang amat lebar dan boleh digunakan untuk banyak aktiviti bagi setiap padang. Ketiga-ketiga padang tersebut juga dijaga dengan baik kerana pekerja-pekerja pembersihan kita yang rajin, menyebabkan padang-padang tersebut tidak mempunyai sampah-sarap. Dengan itu, dengan wujudnya banyak jenis fasiliti dan tempat bagi fungsi-fungsi berbeza yang berkaitan dengan aktiviti sukan, juga hilangkan masalah kesesakan dan masalah ruang sukan yang tidka mencukupi. Bagi saya, saya tidak pernah pergi ke stadium UMS sewaktu pembelajaran asasi saya di UMS dikecuali sewaktu saya masih di sekolah menengah iaitu S.M. All Saints, pihak sekolah pernah merancang aktiviti sukaneka di stadium tersebut dan juga sewaktu saya ambil gambar tempat tersebut. Walaupun saya tidak pernah pergi ke stadium UMS sewaktu saya meneruskan pembelajaran saya di asasi UMS, ada juga pelajar-pelajar asasi yang lain yang pergi ke stadium UMS untuk melakukan beberapa aktiviti. Aktiviti yang paling banyak saya dengar dilakukan di stadium UMS ialah futsal. Kadang-kadang, sekumpulan pelajar asasi berjalan kaki ke stadium UMS untuk main futsal. Kadang-kadang mereka bermain bersama dengan tutor mereka. Selanjutnya, terdapat juga sekumpulan pelajar asasi yang bermain bola tampar di Kompleks Sukan UMS sebagai memori seronok sewaktu asasi. Ada juga kalangan dari kita yang melakukan aktiviti berlari di stadium UMS untuk menjaga kesihatan mereka. Pada pendapat saya, tidak boleh dinafikan bahawa pelajar-pelajar asasi merupakan pelajar yang pandai menjaga kesihatan.

Kompleks Sukan UMS yang banyak berjasa ;)


Ada gelanggang futsal/bola jaring dekat sini

No comments:

Post a Comment